Team #TEGASCommunity semalam telah berada di Serian untuk aktiviti Pameran STEM sempena Bulan Pendidikan di SMK Serian.
Sambutan yang sangat meriah dan mengalakkan daripada pihak sekolah dan para pelajar! Lebih daripada 2,000 orang warga sekolah SMK Serian telah menghadiri Pameran STEM ini yang dijalankan daripada waktu pagi sehingga petang. Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para guru dan pelajar mengenai teknologi digital terkini seperti mesin pencetak 3D, dron, robotik dan teknologi virtual reality (VR).
Selain daripada itu, Team #TEGASCommunity turut mengadakan Bengkel Asas Pengaturcaraan Micro:bit kepada 30 orang pelajar di sekolah tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas pengaturcaraan kepada para pelajar untuk memulakan projek inovasi berasaskan teknologi digital.
#TEGASCommunityOutreach
#DigitalInnovation4All







