EVENT CALENDARS
School Holiday Programme at Batu Kawa Innovation Hub

KHAS UNTUK WARGA BATU KAWA! 🔥
Sesuatu yang menarik bakal tiba. Jom sertai program Cuti Sekolah bersama Chumbaka di lokasi terbaru kami di Batu Kawa Innovation Hub!
Melalui kolaborasi strategik Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) bersama Chumbaka (pusat pendidikan Sarawak yang pakar dalam membina kemahiran hidup melalui inovasi teknologi) kami membawakan revolusi pembelajaran teknologi secara praktikal terus ke kawasan anda.
Inilah masanya untuk anak-anak anda menyerlah serta menguasai kemahiran masa hadapan.
📍 LOKASI BAHARU KAMI
Program ini akan berlangsung sepenuhnya di:
Batu Kawa Innovation Hub
@ Ang Cheng Ho Sports & Community Hall
APA YANG MENARIK?
Pelajar akan dibimbing secara hands-on dalam bidang:
🤖 Kecerdasan Buatan (AI) – Memahami teknologi masa kini
💻 Coding & App Development – Bina aplikasi sendiri
🏗️ 3D Design & Arduino – Dari reka bentuk ke realiti.
🎬 Animasi – Ekspresikan kreativiti digital.
📋 INFO LANJUT
Tarikh: 25 – 26 Mei 2026
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang (Rehat: 12 tenghari – 1 petang)
Sasaran: Pelajar Sekolah Rendah (7-12 tahun) & Sekolah Menengah (13-17 tahun).
Maklumat Bayaran (Yuran)
Yuran Promosi: RM25 sahaja bagi setiap kursus (Harga asal: RM49).
Syarat Khas: Promosi ini hanya untuk pelajar baharu sahaja (New students only).
Jom sertai komuniti inovator di Batu Kawa Innovation Hub (BKIH) TEGAS, kita bangunkan bakat digital Sarawak yang seterusnya.