Pada 10 & 12 September 2026, sesi ini telah berlangsung di TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH) Bintulu dan Miri, dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Seramai 30 peserta telah menyertai kedua-dua sesi, dengan pendedahan kepada MyInvois ePOS, pematuhan cukai serta kepentingan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dalam mengakses peluang perolehan kerajaan.

Terima kasih kepada HASiL atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua peserta yang telah menyertai sesi ini.