27 Julai 2026 | Seramai 15 peserta telah menyertai sesi ini di TEGAS Digital Village, yang dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Peserta didedahkan kepada pelaksanaan e-Invois, penggunaan Portal MyInvois dan MyInvois ePOS, serta kepentingan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dalam memperkukuh pengurusan perniagaan dan akses kepada perolehan kerajaan.
Terima kasih kepada LHDNM dan semua peserta atas penyertaan yang aktif. Siri yang sama akan diteruskan di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu pada 10 September 2026 dan TEGAS Digital Innovation Hub Miri pada 12 September 2026.





