18 April 2026 | Hari ini di TEGAS Digital Innovation Hub Miri, para peserta telah menyelami naratif perjuangan Izuwan Rabaie, Pengasas Boy Manok, dalam membina empayar perniagaannya. Sesi ini mengupas realiti dunia keusahawanan serta kepentingan daya tahan mental dan strategi untuk bangkit daripada kegagalan.
Terima kasih kepada Encik Izuwan atas perkongsian yang sangat berinspirasi, dan penghargaan buat semua peserta yang hadir. Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin buat usahawan tempatan untuk terus memacu jenama Sarawak ke peringkat global.
Setiap cabaran adalah persediaan untuk kejayaan yang lebih besar.




