TEGAS mengambil bahagian dalam Pesta Pulau Bruit selama tiga hari, mendirikan reruai untuk mempamerkan inisiatif mereka.
Wakil TEGAS juga berkesempatan berkongsi mengenai latar belakang organisasi dan peranan utamanya.
Terdahulu, festival itu dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan, dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, ADUN Daro, Safiee Ahmad, dan Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak