Pihak TEGAS amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada sekumpulan guru dari Sekolah Rendah Telok Kurau, Singapura sebagai sebahagian daripada kunjungan hormat mereka ke TDV di sini hari ini.

Sepanjang lawatan itu, Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat TEGAS, Mohd Shafiee Edmund mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada mereka inisiatif TEGAS khususnya dalam bidang TVET dan STEM dalam kalangan pelajar dan belia Sarawak.

Mereka juga berkesempatan untuk melawat sekitar TDV dan melihat sendiri kemudahan yang disediakan di sini.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak