Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Yang Berusaha Tuan Haji Udin Bujang dalam satu temu bual eksklusif bersama BERNAMA Radio yang diadakan di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur pagi tadi.
Sepanjang sesi temu bual yang berdurasi selama 30 minit, Tuan Haji Udin telah menyampaikan inisiatif TEGAS dalam memperkasakan belia dan syarikat pemula Sarawak serta kepentingan pendidikan TVET dan STEM secara menyeluruh.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Ameruddin dan kakitangan Radio BERNAMA atas layanan mesra mereka sepanjang keberadaan kami di sini.
TEGAS merupakan salah satu rakan strategik untuk sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan datang.
#digitalinnovation4all #innovatesarawak