TEGAS melalui TCIL merakamkan jutaan terima kasih kepada pelajar SMK Medamit, SMK Kapit, SMK Ulu Balingian dan SK Agama Sarikei atas sokongan dan penglibatan mereka semua dalam program ini.

Program ini menyaksikan pertandingan yang sengit di antara 8 pasukan yang menunjukkan kebolehan mereka menerangkan tentang robot SMARS dan menyelesaikan semua tugasan yang diberikan dengan penuh usaha.

T&T Mini Lab Challenge 1 bertujuan untuk merapatkan jurang antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan memberi peluang kepada pelajar kawasan luar bandar untuk menerokai dunia robotik dan pengekodan melalui percetakan dan pengekodan 3D secara praktikal melalui Arduino.

Kami berharap pelajar akan meneruskan projek mereka walaupun cabaran pertama telah tamat dan minat mereka terhadap STEM akan terus berkembang.

#digitalinnovation4all