Team TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk bersama menjayakan Karnival STEM ini.
Karnival STEM ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar dalam bidang STEM. Antara aktiviti yang di bawa oleh team TCIL ialah pameran Drone, Pameran Robotik, Teknologi AR, Mind Puzzles dan banyak lagi. Malah para pelajar diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman mengendalikan dron.
Sambutan para guru dan pelajar amat menggalakkan. Terima kasih SMK Seri Setia atas jemputan ini!






