15 Julai 2026 | Jerayawara Project of Dreams Realized (PRO-DR) 2026 di Mukah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian merangkap Ahli Lembaga Amanah TEGAS.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses membina ilmu dan kemahiran yang membolehkan generasi muda bersaing dalam pasaran global. Beliau turut menggalakkan para belia memanfaatkan peluang dalam bidang STEM serta Inisiatif Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak sebagai persediaan menghadapi ekonomi yang semakin dipacu teknologi.

PRO-DR 2026 Mukah Builds a Competitive Generation

15 July 2026 | The Project of Dreams Realized (PRO-DR) 2026 Roadshow in Mukah was officiated by The Honourable Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi, Member of the Sarawak State Legislative Assembly for N.58 Balingian and TEGAS Board of Trustees.

In his speech, he stressed that education is a continuous process of building the knowledge and skills needed to compete in the global workforce. He also encouraged young people to pursue STEM and make full use of Sarawak’s Free Tertiary Education initiative to prepare for a technology-driven economy.