YB Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, telah mengumumkan penganjuran Sarawak Career and Training Fair (SCAT Fair) 2026 semasa sidang media di TEGAS Digital Village. Turut hadir ialah YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Pengerusi TEGAS, dan Datuk Francis Harden Hollis.
#SCaTFair terus menjadi platform strategik dalam memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dan menyokong aspirasi Sarawak ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran serta bersedia menghadapi masa depan.





