Program bual bicara “Juh Randau” terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah menampilkan perkongsian daripada Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin Bujang dan Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), En. Fredick Kevin anak Buseli berkenaan aspirasi, persiapan dan peranan SCaT Fair 2026 sebagai platform pembangunan bakat terbesar di Sarawak.

Menerusi sesi tersebut, kedua-dua panel berkongsi pandangan mengenai kepentingan memperkukuh akses kepada peluang pendidikan, TVET, STEM dan kerjaya, selain menghubungkan industri, institusi pendidikan dan pencari kerja dalam menyokong agenda pembangunan modal insan Sarawak. Perbincangan turut menyentuh pelbagai pengisian interaktif yang menjadikan SCaT Fair 2026 sebuah platform pembelajaran, penerokaan dan inspirasi untuk rakyat Sarawak.

Saksikan rakaman penuh bual bicara ini di platform media sosial UKAS:
https://lnkd.in/gAh59ECr