20 Jun 2026 | #InnovateSarawak Workshop Series: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan telah berjaya diadakan di TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH), Bintulu.

Program ini menghimpunkan seramai 15 peserta yang terdiri daripada bakal usahawan, usahawan peringkat awal, pelajar dan individu yang berminat untuk mempelajari proses penubuhan perniagaan.

Terima kasih kepada penceramah jemputan, Puan Sharifah Rafidah Bt Wan Mansor, Pengarah RS Centre Cube Sdn. Bhd., atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat, serta kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam program ini.