Tahniah kepada SMK Siburan kerana memenangi Cabaran Drone dalam kategori Sekolah Menengah, dan SK Pangkalan Kuud kerana mendapat Naib Johan dalam kategori Sekolah Rendah di Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2024, yang diadakan dari 25-28 Oktober di Universiti Antarabangsa Albukhary ( AIU), Alor Setar, Kedah.
Kedua-dua sekolah itu mewakili Sarawak selepas memenangi Cabaran Drone di Karnival STEM Peringkat Negeri Sarawak pada Ogos, acara anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan TEGAS melalui Pembelajaran Inovatif Komuniti TEGAS (TCIL).
SMK Siburan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Makmal Mini Think & Tinker (T&T) TEGAS, yang menyediakan alat dan latihan teknologi digital kepada sekolah, termasuk dron, robotik, percetakan 3D dan alatan digital lain.