TEGAS amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Teach For Malaysia ke TEGAS Digital Village.
Lawatan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Chan Soon Seng, bersama Fam Li Ying, Pengarah Pertumbuhan dan Sarah Lasung, Ketua Latihan dan Sokongan.
Turut hadir ialah Shafiee Edmund, Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat, yang memberi taklimat kepada ahli-ahli delegasi mengenai latar belakang dan peranan TEGAS.
Pertemuan selama sejam itu menyaksikan perbincangan mengenai potensi kerjasama antara TEGAS dan Teach For Malaysia.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak