TEGAS amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada sebelas pendidik dari Singapura dan Brunei, sebagai sebahagian daripada Program MLS dari Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Turut hadir, Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat Shafiee Edmund dan Pengurus Acara & Program Komuniti, Syukri Arabi, mewakili TEGAS Community Innovative Learning (TCIL).
Delegasi telah diberi taklimat mengenai latar belakang dan inisiatif TEGAS, dengan tumpuan kepada program yang diterajui oleh TCIL, khususnya dalam pendidikan STEM dan TVET.
Lawatan tersebut memfokuskan kepada perbincangan dan pertukaran idea mengenai pelaksanaan program STEM.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak