Kami berbesar hati mengalu-alukan delegasi daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Sharmila Mohamed Salleh, ke TEGAS Digital Village.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin Bujang; Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) Encik Fredick Kevin Buseli; Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat TEGAS, Encik Shafiee Edmund; serta Naib Presiden YIM, Puan Nur Fadzlina Mahamad Razi dan Encik Mohamad Latife Shamsuddi, yang menyertai kami dalam talian.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama antara TEGAS dan YIM.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak