Kami berbesar hati atas kehadiran Tuan Ladin bin Atok, Pegawai Daerah Lawas, yang merasmikan di perhentian terakhir jerayawara Pro-DR, mewakili Ahli Parlimen Lawas, Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong.

Turut hadir ialah Encik Fredick Kevin Buseli, Pengurus Kanan TCIL; Encik Deraup bin Mail, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Jabatan Pertanian Sarawak; Encik Ismail bin Bahrin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Sektor Pembelajaran, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, dan Encik Mohammad Annuar bin Adenan, mewakili Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Dalam ucapannya, YB Dato Henry menggalakkan pelajar dan anak muda yang hadir pada program itu untuk mendapatkan inspirasi daripada belia yang berjaya untuk menjadi ‘role model’.

“Saya berharap pelajar-pelajar dan juga belia yang hadir di sini dapat menjadikan mereka sebagai contoh atau ‘role model’. Selain kecekapan teknikal ataupun ‘hard skills’, kemahiran insaniah atau ‘soft skills’ juga perlu dititikberatkan dalam perihal anak-anak kita kerana ia sedikit sebanyak membantu membangunkan kecerdasan emosi terutamanya dalam kalangan remaja zaman kini, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

“Program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan minat para pelajar bukan sahaja dalam aliran Sains atau Teknologi malah juga aliran kemanusiaan dan seni.
“Saya yakin dan percaya jika program sebegini sentiasa didedahkan kepada para pelajar di kawasan luar bandar khususnya, ianya akan dapat meningkatkan minat mereka dan dapat mempelajari ilmu yang baharu serta menyiapkan diri mereka dalam bidang pekerjaan yang mereka akan ceburi di masa akan datang,” kata YB Dato Henry.

Aktiviti menarik menanti sehingga jam 4 petang.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024