Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) yang diadakan di Dewan Saint Anthony, SMK St. Anthony Sarikei hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan karnival ini dalam mencetuskan minat dan bakat pelajar dalam bidang STEM serta memperkukuhkan lagi pendidikan STEM untuk mencapai nisbah enrolmen pelajar 60:40.

Acara ini menampilkan 12 pertandingan STEM, termasuk Innovators of Tomorrow, Bridge Building, Gamicode untuk pelajar sekolah menengah dan STEM Talent Show untuk pelajar sekolah rendah.

TEGAS, melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), turut memainkan peranan penting dalam cabaran Drone dan pameran melalui Fun STEM Activity.

#DigitalInnovation4all
#innovatesarawak