Hari kedua program tersebut menyaksikan Cabaran Dron Autonomi di mana pelajar sekolah rendah dan menengah mempamerkan kemahiran mereka dalam pengaturcaraan dron untuk penerbangan autonomi. Para pelajar mengekodkan dron mereka untuk menyelesaikan misi tertentu, di samping menguji kebolehan teknikal mereka.

Sijil turut disampaikan kepada para peserta dan hakim, dengan wakil TCIL menjadi barisan hakim yang dihormati.

Sesi Aktiviti Fun STEM juga diteruskan, diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian anugerah bagi pemenenang keseluruhan Karnival STEM 2024 Peringkat Negeri pada Ogos 30, 2024.
#DigitalInnovation4All
#InnovateSarawak