Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Meradong dan Ahli Lembaga Amanah TEGAS, telah merasmikan hentian keenam jerayawara ini, yang diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor pagi tadi.

Turut hadir Pengurus Kanan TCIL, Encik Fredick Kevin Buseli; Tuan Moses anak Ta’ai, mewakili Residen Sarikei; Tuan Thomas anak Geoffrey Kandawang, Pegawai Daerah Meradong, dan; Tuan Nasaruddin bin Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ketabahan dalam kalangan pelajar berusaha mencapai tahap ilmu yang tertinggi.

“Ambil peluang hari ini dengan bertanya kepada institusi yang mengambil bahagian mengenai kursus yang ditawarkan oleh mereka,” kata YB Datuk Ding.

Selepas majlis pelancaran, para pelajar terlibat dalam sesi yang dikendalikan oleh Qadry Basri, bekas Ikon Belia yang disenaraikan dalam 100 Ketua Pegawai Eksekutif Muda Teratas Malaysia 2020.

Kira-kira 21 institusi pendidikan dan kewangan menyertai jerayawara hari ini.

Aktiviti menarik menanti anda semua petang ini.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024