TEGAS dan ahli delegasi, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif kami, Tuan Haji Udin Bujang, telah melawat UiTM Shah Alam sebagai sebahagian daripada lawatan penanda aras dan potensi kolaborasi hari ini.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Prof Dr Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM.
Tujuan lawatan itu adalah untuk membincangkan potensi kerjasama program roket di Sarawak antara TEGAS dan High Energy Material Research Lab, UiTM Shah Alam.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak