Seramai 1,000 pelajar SMK Pending telah mengikuti pameran STEM anjuran Pembelajaran Inovatif Komuniti (TCIL) TEGAS.

Para pelajar telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti STEM seperti ‘3D doodle arts’, ‘flight simulation’, ‘fun with Robomaster’ dan banyak lagi.

Bagi pihak TEGAS, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SMK Pending kerana memberi kepercayaan kepada TCIL untuk memberi inspirasi dan memupuk minda STEM kepada para pelajar. Bersama-sama kita membentuk generasi yang bersedia untuk memimpin Sarawak ke dalam masyarakat k-ekonomi.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak