Wakil MOSTI dan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan rancangan mengenai inisiatif Sandbox Sarawak di TDV hari ini.

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Boniface Edwin Manung, Setiausaha Bahagian, MOSTI dan Kogulada a/l Kamalanathan, Ketua Penolong Setiausaha Unit Teknologi, MOSTI; Rizal Azwir, Ketua NTIS, MRANTI dan Ameer Bukhqari Mohamad Nor, Penolong Naib Presiden Unit Dana Teknologi & Inovasi, MTDC.

Turut hadir ialah Mohd Shafiee Edmund, Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat TEGAS serta wakil dari Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Startup Borneo.

Objektif utama mesyuarat yang diadakan selama sejam itu adalah untuk menggalakkan kerjasama bagi memastikan usaha bersama setiap pihak sejajar dengan objektif dan rancangan inisiatif Sandbox Sarawak.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak