Karnival STEM x Mini STEM Playground mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Selain murid SK Taba Sait, terdapat juga penyertaan daripada lebih 21 buah sekolah di sekitar kawasan Padawan bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Yang Berhormat Datuk Dr Jerip Susil, yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah TEGAS hadir untuk merasmikan majlis penutupan karnival tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang kami ucapkan dan semoga mereka terus cemerlang terutama dalam bidang STEM.

TCIL juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan strategik kami iaitu Petronas, SDEC, Jabatan Kimia, Pustaka Negeri Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Swinburne Sarawak dan Pusat Biodiversiti Sarawak kerana menjayakan acara ini. Sokongan anda telah memainkan peranan penting dalam menjayakan karnival ini dan kami berharap dapat meneruskan kolaborasi ini untuk program yang akan datang.