Iltizam Arise Borneo ialah program dianjurkan oleh TEGAS Digital Village dengan kerjasama SCENIC dan NeoUprise Ekuinas.

Turut serta dalam program dua hari itu ialah empat perusahaan sosial dari Sarawak dan enam dari Sabah.

ILTIZAM ARISE (Acumen & Resilience in Social Enterprise) ialah program pembangunan kepimpinan selama 5 bulan untuk usahawan sosial yang berdedikasi untuk memacu impak sosial yang positif di Sarawak.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kepimpinan dan kepintaran perniagaan usahawan sosial Sarawak dan menyediakan lebih banyak peluang untuk mereka mencapai kejayaan jangka panjang dan pembangunan perusahaan.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak