Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawak TVET Carnival pada pagi ini, 19 April 2024 bertempat di Pejabat TEGAS Digital Village, Kuching.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Kanan TCIL, En. Fredick Kevin, ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi seperti Residen Serian, Pejabat Daerah Serian, Majlis Daerah Serian, PPD Serian, PPD Padawan dan Pejabat Kesihatan Serian.

Mesyuarat penyelarasan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai Program Sarawak TVET Carnival yang bakal dianjurkan oleh TEGAS Community Innovative Learning di daerah Serian Mei nanti. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat membantu pelbagai agensi menyelaraskan fungsi masing-masing ketika program ini diadakan kelak.

#TEGASCommunityInnovativeLearning
#DigitalInnovation4All