Antara sorotan daripada Mesyuarat Lembaga Amanah TEGAS ke-10 yang diadakan di TEGAS Digital Village hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YB Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, yang juga Pengerusi TEGAS.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Pengerusi; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) YB Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan YB Datuk Snowdan Lawan, Bendahari; ahli-ahli BOT yang dihormati, serta Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin bin Bujang.