Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur

TEGAS, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif kami, Tuan Haji Udin Bujang dan diiringi Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat, Mohd Shafiee Edmund telah menghadiri Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2024 yang diadakan di Wisma Bernama hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil. Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Teo Nie Ching,Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaluddin, dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon.

‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ telah dipilih sebagai tema sambutan HAWANA tahun ini.

TEGAS amat berbesar hati menjadi salah satu rakan strategik untuk HAWANA 2024, yang dijadualkan pada bulan depan di Kuching dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.