Pihak TEGAS amat berbesar hati untuk menerima kunjungan daripada para pelajar dan pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Kuching Sarawak sebagai sebahagian daripada lawatan pendidikan mereka ke TDV.

Para pelajar dan pensyarah Politeknik Kuching telah diberi taklimat mengenai latar belakang TEGAS dan program yang dilaksanakan dalam membantu syarikat pemula Sarawak serta terlibat dalam sesi soal jawab yang informatif.

Mereka juga diberi lawatan sekitar TDV untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan di sini.