Ada barang-barang yang hendak dijual? Tunggu apa lagi? Jom sertai ‘Car Boot Sales’!

Jualan ini diadakan bersempena Karnival TVET Sarawak, yang berlangsung di Serian Convention Centre (SCC) pada 11 – 12 Mei 2024, mulai dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Slot dibuka kepada 20 pendaftaran pertama dan tapak letak kereta adalah percuma. Namun, sila diingatkan bahawa SATU KERETA diberikan SATU SLOT PARKING sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 3 Mei (Jumaat).

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, imbas kod QR seperti yang tertera atau hubungi Cik Shareeza di talian 016 – 774 0638.