Pada Mac 8,2024, TEGAS telah menerima kunjungan rasmi dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani.

YB Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, merangkap Pengerusi TEGAS serta Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin Bujang telah hadir untuk menyambut ketibaan rombongan di TEGAS Digital Village.