TEGAS telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej Universiti i-CATS yang diketuai oleh Puan Rosmawati Haji Priman, Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) pada Mac 14,2024.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Dr. Ting Kung Chuang, Dekan, Fakulti Pengkomputeran & Kejuruteraan Perisian; pasukan pengurusan Kolej Universiti i-CATS dan Ahli Exco dari Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti i-CATS dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin bin Bujang.
Agenda pada hari tersebut termasuk ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Udin, taklimat tentang peranan TEGAS serta lawatan ke TEGAS Digital Village.
Dalam ucapannya, Tuan Haji Udin menekankan komitmen TEGAS untuk bekerjasama dengan institusi pendidikan serta pembangunan projek TEGAS Fasa 2, iaitu Bangunan TEGAS Digital Co-Living Nomad Lodge, seperti yang diumumkan oleh YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang. Johari Tun Openg tahun lepas.
Sementara itu, Puan Rosmawati dalam ucapan ringkasnya berkata tujuan lawatan itu adalah untuk meneroka lebih banyak potensi kerjasama antara TEGAS dan Kolej Universiti i-CATS, di samping memberi gambaran kepada pelajar tentang dunia digital pada era hari ini.
TEGAS amat menantikan potensi kerjasama dengan Kolej Universiti i-CATS dalam masa yang akan datang.