Sekitar lawatan kerja dari Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC) UNIMAS ke TEGAS Digital Village pada pagi tadi yang diketuai oleh Ts. Hajah Latifah Loh Abdullah merangkap Pengarah TAHODC.

Kedatangan rombongan tersebut telah disambut oleh Haji Udin bin Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS.

Para staf TAHODC telah dibawa untuk melawat fasiliti yang disediakan di TEGAS Digital Village serta diberi penerangan mengenai peranan TEGAS dalam mempromosikan bidang STEM, TVET dan pembangunan ekosistem Keusahawanan Digital di Sarawak.

#innovatesarawak#digitalinnovation4all