12 Disember 2023 | Karnival Mini STEM 2023 Sekolah Seni Malaysia Sarawak
TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Karnival Mini STEM 2023 bertempat di Sekolah Seni Malaysia Sarawak semalam, 12 Disember 2023.
Seramai 14 buah sekolah dan hampir 500 orang pelajar dari sekitar kawasan Santubong, Demak dan Samariang telah menyertai karnival anjuran sekolah tersebut. Pihak TEGAS telah membawakan pelbagai pameran dan aktiviti berkaitan STEM seperti demonstrasi 3D printer, 3D doodle pen, pengalaman VR dan aktiviti robotik. Selain TEGAS, terdapat juga agensi lain seperti Sarawak Skills, CENTEXS, UiTM Samarahan, Swinburne, Curtin, PETRA RC dan banyak lagi yang turut sama memeriahkan pameran Karnival Mini STEM tersebut.
Kami berharap, melalui aktiviti sedemikian akan dapat memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu berkaitan dengan STEM dalam kehidupan seharian.