08 Disember 2023 | Bengkel Pengaturcaraan Robotik micro:bit di SK Nanga Nirok Ngemah, Kanowit
TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan Bengkel Pengaturcaraan Robotik micro:bit bersama dengan para pelajar di SK Nanga Nirok Ngemah, Kanowit pada hari ini.
Para pelajar seramai 30 orang telah didedahkan dengan asas pengaturcaraan papan pintar micro:bit seperti pengunaan sensor, fungsi dan pemikiran logik. Pada akhir bengkel ini, para pelajar juga berupaya untuk menggunakan papan pintar micro:bit untuk membuat program robot.
Selain itu, Team #TCIL turut membawakan aktiviti-aktiviti lain berkaitan dengan STEM seperti Virtual Reality (VR), Dron Simulator, Penerbangan Dron Tello, 3D Doodle Pen dan permainan robotik.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah SK Nanga Nirok Ngemah, Kanowit kerana telah menjemput kami!
#TEGASCommunityOutreach#DigitalInnovation4All









