14 November 2023

Pihak TEGAS Community Innovative Learning telah dijemput oleh Panitia SAINS Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Kuching untuk mengadakan program STEM bersama. Seramai 500 murid telah didedahkan dengan aktiviti teknologi digital seperti pengendalian dron, membuat keychain dengan 3D pen dan menerokai dunia maya dengan menggunakan VR headset. Pada masa yang sama, murid Sekolah Kebangsaan Satria Jaya juga dapat mempelajari konsep coding yang mudah dengan menggunakan robot mTiny dan pengujian pemahaman Matematik melalui permainan Lonpos.

Penganjuran pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh dan menarik minat kepada para pendidik dan juga para murid terhadap bidang STEM.

Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaaan Satria Jaya atas sambutan yang sangat menggalakkan dan semoga usaha ini dapat memupuk lebih ramai murid memilih bidang STEM pada masa hadapan kelak.

#digitalinnovation4all

#tegascommunityoutreach

#tegascommunityinnovativelearning