15 NOV 2023 | Program STEM SK Satria Jaya

Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) meneruskan pameran STEM bersama sempena Program STEM SK Satria Jaya, Kuching pada hari ini. Seramai 200 murid yang terdiri daripada Tahun 5 dan Tahun 6 telah diberi pendedahan aktiviti STEM seperti Lonpos, robot mTiny dan juga teknologi digital seperti dron, 3D pen dan VR Set.

Pameran ini diakhiri dengan majlis penutupan bersama guru besar SK Satria Jaya, Cikgu Roseline Anthony Ajang yang menggalakkan para murid untuk menceburi bidang STEM. Cikgu Roseline juga berharap pihak TCIL dapat lagi datang ke SK Satria Jaya pada tahun depan untuk memupuk minat para murid ke arah pembelajaran STEM.

Terima kasih kepada SK Satria Jaya kerana menjemput pihak kami untuk sama-sama membangunkan generasi muda yang lebih berdaya saing dalam menempuh teknologi digital yang semakin pesat.

#TEGASCommunityOutreach#DigitalInnovation4All