25 & 26 November 2023
Karnival Kerjaya dan Pendidikan terbesar di Sarawak iaitu Sarawak Career & Training (SCaT) diteruskan lagi ke bahagian selatan Sarawak iaitu Kuching. Sepanjang dua hari karnival ini berlangsung dianggarkan sekitar 10,000pengunjung telah hadir di Wisma Sabati, Kuching.
Karnival SCat ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dengan kerjasama Tabung Gagasan Anak Sarawak (TEGAS ). Objektif utama karnival SCat ini adalah bertujuan menyalurkan maklumat berhubung aspek pendidikan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat umum di Sarawak sekaligus memberi peluang bagi meningkatkan kebolepasaran graduan dan belia. Selain daripada itu, karnival ini juga bertujuan untuk memperkasakan keupayaan golongan belia dalam membuat keputusan yang lebih tepat untuk masa depan mereka serta memupuk minat pelajar dalam Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik.
Lebih 30 agensi yang turut serta di dalam mengadakan temu duka terbuka dan 30 Insitusi pendidikan tempatan dan luar dan 10 agensi bantuan kewangan yang turut menyertai dalam pameran pendidikan bagi Karnival SCat kali ini. Selain daripada pameran kerjaya dan pendidikan, Karnival SCaT Fair kali ini menampilkan beberapa pertandingan yang menarik seperti TVET Battlefield, Youth Talent Stage, Borneo Makers Festival dan Junior Innovate & Young Innovator Challenge.


























