Sekitar Bengkel Siri Ke-4 TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini lab bersama para pelajar dari SMK Balai Ringin, Serian pada 25hb Oktober 2023 .
Bengkel kali ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk membangunkan aplikasi android dengan menggunakan perisian MIT App Inventor. Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan cara pemikiran inovatif dengan metodologi TRIZ serta beberapa kaedah untuk membuat pembentangan projek yang berkesan bagi hasil ciptaan mereka.
#ThinkNTinkerMiniLab #DigitalInnovation4All







