Karnival Kerjaya dan Pendidikan terbesar di Sarawak iaitu Sarawak Career & Training (SCaT) kembali lagi pada tahun ini selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019. Lokasi untuk Karnival SCaT Fair kali ini adalah bertempat di Miri City Hall, Majlis Bandaraya Miri selama dua hari yang bermula pada 7 Oktober hingga 8 Oktober 2023. Sekitar 5,302 pengunjung telah hadir selama 2 hari karnival ini berlangsung.
Lebih 30 agensi yang turut serta di dalam mengadakan temu duka terbuka dan 30 Insitusi pendidikan tempatan dan luar dan 10 agensi bantuan kewangan yang turut menyertai dalam pameran pendidikan bagi Karnival SCat kali ini. Menariknya Karnival SCaT Fair kali ini juga menampilkan beberapa pertandingan yang menarik seperti Young Innovator Challenge, TVET Battlefield, STEM Challenge TECH & Science Track Pitching, JI & YIC Challenge, Talent Stage, Choral Speaking dan banyak lagi.
#SCATFAIR2023











