Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) pada kali ini telah meneruskan program TEGAS Innovation & Inventive Lab (TiiL) bersama dengan 30 pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang terdiri daripada Jurusan Perdagangan, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Mekanikal, Petrokimia, Kejuruteraan Awam, dan juga Kejuruteraan Elektrik.

Bengkel selama 2 hari ini yang diadakan di TEGAS Digital Village bertujuan melengkapkan para peserta dengan kemahiran menyelesaikan permasalahan inventif melalui metodologi TRIZ (Teoriya Resheniya Izobretatelskikh Zadach).

Antara kaedah TRIZ yang dipelajari dari kelmarin sehingga hari ini ialah Engineering System, Function Analysis, Type of Contradiction, Contradiction Matrix, 40 Inventive Principles, S-Curve dan Trends of Engineering System Evolution (TESE). Semua peserta juga telah menduduki ujian TRIZ Level 1 Practitioner pada petang ini

Semoga dengan kaedah-kaedah TRIZ yang telah dipelajari, para peserta dapat mengaplikasikan dan mencetuskan idea bernas yang dapat menyelesaikan percanggahan dalam projek inovasi mereka.

Harapan TCIL ialah peserta bengkel ini akan menjadi pencipta yang mampu berdaya saing dalam mereka produk yang berinovasi tinggi.

#digitalinnovation4all #innovatesarawak #innovationandinventivelab