Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena Hari Kerjaya, Pendidikan dan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Sibu 2023 , 9hb hingga 10hb September 2023 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud , Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu.

Program ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang

kerjaya dan pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah serta peluang melanjutkan pelajaran termasuk mengikuti kursus-kursus kemahiran. Selain itu, Hari Terbuka ini juga bertujuan untuk menjawab secara terus persoalan dan pertanyaan masyarakat awam oleh sektor-sektor berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Sibu.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Yayasan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak.

#TEGASCommunityOutreach #DigitalInnovation4All