Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput oleh pihak Pusat Penerangan Islam – Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) untuk mengadakan program TEGAS Community Outreach bersempena program Islamic Creativity And Innovation Festival 2023 (ICIF) yang berlansung pada 17hb hingga 20hb Ogos 2023.
Pihak TCIL telah dijemput untuk mengadakan aktiviti berkaitan inovasi, robotik dan teknologi digital yang melibatkan pelajar-pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah bersempena program ICIF 2023 ini.
Program ICIF 2023 ini diadakan bersempena dengan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka serta 15 tahun penubuhan IIC-MIS. Selain itu, fokus utama program ini juga adalah untuk menerapkan nilai kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda, selain daripada menelusuri dan menghayati seni Islam sebagai inspirasi kepada inovasi dalam pelbagai konteks kehidupan.
Marilah bersama-bersama kita memeriahkan program ini dan berkunjung ke booth TEGAS Community daripada 17hb-20hb Ogos 2023 bertempat di Islamic Information Centre, Kuching!