Sekitar kemeriahan Hari Karnival STEM SK Abang Haji Matahir 2023 di Sarikei yang berlangsung pada 21hb Ogos 2023 semalam.

Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran serta bengkel STEM sempena program teresebut. Dalam program ini, pihak TCIL telah membawakan pameran TEGAS FutureTech Showcase yang merangkumi teknologi kini seperti robotik, drone, IoT, artificial intelligent (AI), teknologi hidrogen dan juga virtual reality (VR).

Selain itu, turut dijalankan bengkel-bengkel seperti Straw Building Challenge, Kids Robot Coding dan penerbangan drone telah diadakan bersama dengan lebih kurang 500 orang murid-murid di sekolah tersebut.

Terima kasih kepada pihak SK Abang Haji Matahir kerana telah menjemput pihak TCIL dalam program ini!

#TEGASCommunityOutreach#DigitalInnovation4All