Sekitar perbincangan antara pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) dan Kuching Skills College (KSC) pada hari ini bertempat di TEGAS Digital Village, Kuching.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan peranan KSC sebagai rakan penganjuran bagi pertandingan memasak “Meriahnya Pro-DR” sempena program jerayawara karnival pendidikan dan kerjaya Project of Dreams Realized (Pro-DR) yang berlangsung sepanjang 24hb Julai sehingga 18hb Ogos di seluruh Sarawak pada tahun ini.

Selain itu, pihak KSC yang diketuai oleh Encik Novert Sullang, Ketua Pegawai Eksekutif Kuching Skills College turut dibawa untuk melawat dan melihat fasiliti serta kemudahan yang disediakan di TEGAS Digital Village, Kuching.

Bagi maklumat lanjut mengenai pertandingan ini serta program Pro-DR Roadshow 2023, sila layari: https://prodr.tegas.org.my/

#CommunityUpdates#PRODR23#DigitalInnovation4All