Peserta-peserta Program TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Batch 5 sedang bersedia untuk sesi pitching yang akan berlangsung Ahad ini, 19 Jun 2023 bertempat di Auditorium TEGAS Digital Village, bermula pukul 9AM.
Sesi Demo Day akan menampilkan 10 syarikat pemula yang akan membentangkan pitch deck mereka kepada bakal-bakal pelabur.
TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp sesi ke-5 ini dianjurkan bersama WatchTower & Friends dan disokong oleh MYStartup.
#InnovateSarawak#TPAB5#tpab2023



