Pada 03 Mei 2023 yang lalu, satu Bengkel Asas Rekabentuk 3D dan Pencetakan 3D, serta Bengkel Pengenalan Kit Robotik mBot untuk Program Think & Tinker (T&T) Mini Lab telah diadakan di SMK Balai Ringin, Serian.
Bengkel yang dikendalikan oleh TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) ini memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru mengenai asas penggunaan teknologi digital, seperti kit robot yang boleh diprogram dan mesin pencetak 3D. Kemahiran asas dalam teknologi digital ini diharapkan dapat membantu mereka mencipta produk atau projek inovatif berdasarkan teknologi pada masa depan.