Pada 11hb Mei 2023 semalam, Team TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) turut mengadakan lawatan dan perbincangan bersama Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur.

Rombongan TCIL telah disambut oleh Puan Marziana Abd Halim, Timbalan Pengarah Kanan (Operasi) Pusat Sains Negara. Kami telah dibawa melawat fasiliti-fasiliti dan program yang disediakan mereka. Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dengan pelbagai gologan umur terdapat di taman tema berkonsepkan sains dan teknologi ini.

Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk berbincang mengenai kolaborasi di masa hadapan bersama Pusat Sains Negara terutamanya berkaitan program jangkaun setempat (community outreach) di kawasan luar bandar.

Kami berharap dengan adanya kerjasama ini akan dapat membantu memupuk kesedaran dan kepentingan pendidikan STEM terutamanya dalam sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

#CommunityUpdates#TEGASCommunityInnovativeLearning#DigitalInnovation4All